Home ¬Ľ Local Politic: Bersih 7 oleh Baju Merah

Local Politic: Bersih 7 oleh Baju Merah

Pagi pagi lagi dah disajikan hiburan. Terima kasih Jamal Yunus yang tanpa henti dan penat memberikan hiburan kepada rakyat Malaysia. Terima kasih kepada UMNO yang menyediakan platform untuk jamban; I mean jamal memberikan hiburan kepada kita sedikit sebanyak ketika rakyat majority middle class tengah berusaha untuk membebaskan Maria Chin yang ditangkap bawah akta SOSMA sebab menganjurkan perhimpunan Bersih5.

Dalam pada yang sama kami juga berharap Jamban eh salah lagi, I mean Jamal juga ditangkap dibawah akta sosma sebab menganjurkan aktiviti bersih 7 yang juga mempunyai permintaan yang sama seperti bersih 5.

SHAH ALAM 23 Nov. – Bersih 7 Selamatkan Selangor akan bermula¬† Sabtu ini di Sekinchan sebelum ke 700 lokasi lain di seluruh negeri.Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, program berkenaan akan diadakan selama empat bulan dengan acara kemuncaknya pada 1 April depan di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.Menurutnya, perhimpunan itu diadakan untuk menuntut tujuh perkata utama iaitu sebuah kerajaan negeri yang telus, bersih dan berintegriti; janji-janji dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13; keperluan air bersih; pemilikan rumah mampu milik ; menolak penyelewengan wang rakyat; kronisme dan kerajaan ‘caca marba’. – UTUSAN ONLINE

 

Utusan online: Jamal lancar bersih 7

By | 2017-07-17T09:56:28+00:00 November 24th, 2016|politik-local, Red Monkeys|0 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: