Home » Alkisahnya 1MDB

Alkisahnya 1MDB

Di sini. Buat pertama kali aku akan menulis dalam bahasa melayu. Bahasa kebangsaan Malaysia, supaya kau, kau, kau dan kau faham. Tidak aku menafikan bahawa ada diantara kau yang faham bahasa Inggeris, tapi sekadar untuk memastikan kesemua sekali faham apa yang aku tulis. Aku tahu dan faham dalam realiti sekarang tidak ramai yang diantara korang yang ambil port tentang pergerakan politik kat Malaysia ni tapi benda ni akan effect korang juga nanti. Manalah tau kot nanti bila korang dah matang dan mula bekerja mesti kau akan mula untuk ambil kisah dan pada pendapat aku, pada masa tu kau akan rasa terlambat dan terfikir “Kenapa laa aku tak turut sama betulkan keadaan”.

Macam mana aku tahu? Sebab aku ni ahli nujum negara! Aku tahu tentang masa depan.

Heh

Sebenarnya, aku pun macam korang. Ambil kisah tak kisah pasal politik, pada aku politik ni hanya mainan orang orang tua buncit. Tapi bila aku dah mula bekerja, aku mula bayar cukai pendapatan; memang naluri manusia yang akan berkira bila tiba hal tentang duit. Mula mula aku tak kisah sangat, lama kelamaan makin banyak aku bayar dengan harapan dapat nampak kemajuan di negara ni dengan hasil titik peluh aku yang tak seberapa ni. Makin aku tak nampak mana perubahan yang dijanji oleh kerajaan sewaktu pihak kerajaan memutuskan untuk melaksanakan cukai GST.

Semasa 1MDB mula mula diperkatakan aku seperti korang semua sekarang ni, ambil acah tak acah. Aku ni tipikal melayu, selagi tak kena batang hidung sendiri selagi tu aku akan buat hal sendiri sebab benda tak kacau hidup aku. So sekarang ni aku nak terangkan kat korang supaya korang tak buat benda yang sama seperti yang aku buat. Macam motto orang putih “Prevention is better than cure”.

Aku kasi example guna perkataan yang simple sebab aku faham korang ni kalau baca bab ekonomi nanti mengantuk.

Kau ada kedai dan kedai kau tiada barang tapi kau masih mengeluarkan duit dari kedai kau untuk beli barang dari kedai lain dengan harapan kedai kau akan bawak untung. Nak dijadikan cerita, ada la satu makhluk gemuk babi ni curi duit dari kedai kau dengan cara beli barang kat kedai dia dengan harga yang tinggi. So mesti lah makhluk gemuk babi tu akan untung dan kedai kau dengan kau sekali akan rugi.

So kau pun rasa pelik lah kan, camana pulak makhluk gemuk babi tu boleh untung sedangkan dia tidak ada kena mengena dengan kedai kau. Kau pun mula siasat, kau mula buka buku akaun kau dan periksa kemana duit kedai kau pergi. Then kau find out rupanya manager kedai kau nama bijan sebenarnya telah buat deal dengan makhluk gemuk babi untuk curi duit kedai kau dan kau pulak kena bayar denda sebab duit kedai kau dah hilang dan tak mampu nak bayar pekerja kedai kau.

Pastu lama kelamaan pekerja kau mula bertanya soalan kepada manager kau yang nama bijan tu “Weh sial, mana duit aku? Aku nak kena beli peralatan skolah anak anak ni”. Si bijan dengar soalan tapi bijan jawab “Jangan risau, kedai ni tidak mengalami kerugian. Jangan percaya cakap orang kedai lain”. Macam manusia biasa, bila soalan yang ditanya dan dijawab dengan jawapan lain mesti lah marah kan? Pastu si bijan cakap lagi “Jangan risau, management kedai akan bagi korang sejumlah wang mengikut kemampuan masing masing. Kepada yang dah mampu tu maaf korang tak dapat apa apa”.

Dalam pada masa yang sama si bijan cakap dengan kau “Weh, aku rasa elok kalau kita besarkan jalan kat belakang kedai tu. Aku tengok orang kat belakang kedai tu macam perlukan jalan”. So kau pun bincang antara sesame sendiri dan setuju. Bijan pun bagitau kos buat jalan berapa, yang peliknya setiap kali kau tanya berapa kos sebenar buat jalan tu. Bijan sentiasa kasi jumlah yang berbeza. Makin lama makin tinggi.

Pelik lah kan?

Kau pun ambil keputusan untuk menyiasat, rupanya bijan dan makhluk gemuk babi tu sekali telah buat perjanjian dimana orang yang bakal diupah untuk buat syarikat tu akan membayar sebahagian keuntungan syarikat diorang kepada syarikat makhluk gemuk babi. Kau dengan kedai kau akan lingkup dan muflis. Bijan dan makhluk gemuk babi tu tinggalkan nota untuk kau dan pekerja kau “Semua boleh pergi mampus”.

So itulah perumpamaan pendek masalah 1MDB ni. Aku harap korang semua faham dan untuk korang juga dimasa akan datang. Aku tak gebang kosong. Aku cakap dengan fakta. Aku sertakan sekali laporan perniagaan 1MDB yang jelas menunjukkan macam mana Si Najib dan kawan sepencurian dia si gemuk lo mencuri duit rakyat Malaysia.

Source: Sarawak Report

[table id=2 /]

By | 2017-07-17T09:59:12+00:00 January 1st, 2017|politik-local|0 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: